Apa yang bermain di fikiranku tatkala dia berkata demikian?
Ya, aku tahu dosa
Aku meletakkan emosi lebih tinggi berbanding rasional
Dalam hati aku bukannya aku tidak tahu semua itu
Bukannya aku tidak tahu yang aku dalam dilema
Perit menanti dihadapan andai aku tidak hentikan
Aku sendiri lebih kasihan melihat dia
Kerana aku, dia berdosa
Dia diheret sama
Ya aku akur
Kerana aku yang salah
Biarlah aku sendiri sahaja yang menanggung dosa atas hubungan ini
Tidak ingin sekali aku mahu dia terheret sekali
Dalam dosa ini
Biarlah aku sahaja yang berdosa kerana mencintai dia
Biarkan aku sahaja yang menanggung siksa disana
Walaupun sejuta keampunan aku pinta
Aku sendiri tidak pasti bagaimana ingin Tuhan tempatkan aku disana


No comments:
Post a Comment